• Bahagian Akaun MITI (BA) ditubuhkan pada 1 Februari 2014 selaras dengan arahan pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan Pekeliling Perbendaharaan Bil.4 Tahun 2013(1PP PS1.2);

  • BA beroperasi sepenuhnya sebagai Pejabat Perakaunan dengan memberikan perkhidmatan pengurusan perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, perundingan dan pemantauan.

  • Pada masa kini, BA MITI diterajui oleh Ketua Akauntan Gred W54 dengan dibantu oleh 7 orang Akauntan dan 15 orang kakitangan kumpulan pelaksana.

  • BA terbahagi kepada tempat (4) Seksyen iaitu:

    1. Seksyen Perakaunan Kewangan

    2. Seksyen Perundingan dan Pemantauan

    3. Seksyen Perakaunan Pengurusan

    4. Seksyen Pentadbiran dan Kewangan

  • Memproses bayaran dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh baucar diperaku 2;

  • Membuat pembayaran gaji bulanan pegawai MITI pada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia;

  • Memastikan gaji bulanan pegawai MITI dibuat pada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia;

  • Mengakaunkan terimaan dan mengeluarkan resit rasmi Perbendaharaan;

  • Mengurus akaun subsidiari (pinjaman komputer, pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai),amanah, panjar dan deposit;

  • Melaksanakan naziran perbelanjaan, terimaan dan verifkasi aset ke atas PTJ/Pusat Pemungut untuk memastikan peraturan kewangan dipatuhi;

  • Menyediakan Penyata Kewangan MITI dengan tepat dan lengkap berasaskan polisi, dasar dan piawaian perakaunan kerajaan;

  • Memberikan latihan perakaunan serta khidmat nasihat pengurusan perakaunan dan kewangan

  • Menyelaras dan mengawal semua aktiviti berhubung pelaksanaan perakaunan pengurusan yang akan dilaksanakan di Kementerian

  • Menyediakan maklumat perakaunan dan kewangan yang tepat bagi membantu pihak pengurusan MITI membuat keputusan yang berkesan

TAKWIM SEKSYEN PERUNDINGAN, PEMANTAUAN & LATIHAN MITI 2022

Takwim 2018

2022

2021

2020

2019

2018

2017

2016

Visi & Misi

VISI
Peneraju perkhidmatan perakaunan yang terbilang demi mencapai visi MITI

MISI
Menyedia dan memantapkan perkhidmatan perakaunan dan kewangan bagi memenuhi Keperluan Stakeholder Dan Kehendak Pelanggan MITI

Objektif

  1. Melaksanakan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan dengan cekap dan berkesan.
  2. Memberi khidmat nasihat pengurusan perakaunan dan kewangan bagi memastikan pematuhan kepada peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa
  3. Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan.
  4. Menyediakan maklumat perakaunan dan kewangan yang tepat bagi membantu pihak pengurusan MITI membuat keputusan yang berkesan

Piagam Pelanggan

 

  1. Memproses semua jenis bayaran disempurnakan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

  2. Pembayaran gaji bulanan pegawai MITI dibuat pada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia

  3. Menyediakan Penyata Kewangan MITI dengan tepat dan lengkap berasaskan undang-undang, dasar dan prinsip perakaunan yang diterima umum .

  4. Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 4 hari kalendar dari tarikh terima dokumen lengkap.

  5. Memperakaunkan terimaan dalam tempoh 3 hari kalendar dari tarikh terima dokumen lengkap.

  6. Memproses baucar bayaran bagi pendahuluan diri, pinjaman kenderaan dan computer dalam tempoh 5 hari   bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima

  7. Memberi maklumbalas kepada semua aduan dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima

  8. Memproses permohonan AP 58(A) dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh dokumen diterima.

Pengarah

Mr. Mckevin AK Toni
Bahagian Akaun
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tingkat 3, Menara MITI
No.7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Hubungi Kami

Tel : 603 - 62084898 / 603 - 62084899
Fax : 603 - 62110476
E-mail : mckevin@miti.gov.my